![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 09:52 | 0 Cloud(s)![]() Berlalulah sudah ramadhan , Syawal pula akan pergi meninggalkan kita~ hohoho , Aku raya ni tak sempat langsung nak beraya kat rumah kawan-kawan , sedih gila-gila. Seriously tahun ni raya membosankan , hampir semua budak cakap macam tu , termasuk akuu . Sedara mara pun tak ramai yang turun Johor, then aku rumah aku sorang je yang melayu , yang lain semua cina. Nak jer aku baling mercun kat jiran2 cina aku *dengki* . Tak meriah langsung , bebudak kat taman pun tak raya sebab confius rumah aku ni cina or melayu . Kuih raya still penuh kat dalam balang walaupun Syawal dah nak habis .. kesiannn Kat sekolah kebelakangan ni aku agak pendiam sikit . Aku rasa macam tak ada benda nak cakap . Kang aku cakap ada jer yang terasa , mulut leserlah katakan . Kesian aku kene buli jer *hahahah* tapi tak lah seteruk kene tendang sepak bagaii , ada lah sikit lempang melempang , ketepekk . :DD Tengoklah tahun depan , aku buli korang balekk , hahaha , *kejam* Tapi aku tak rasa aku dapat bertahan kat sekolah SM sampai tahun depan . Sebab mak aku cadangkan nak masukkan aku ke asrama. Harap-harap jadilah . Aku sedar aku dah tak da function kat korang , tahunya menyusahkan . kayy faham . Lagipun ramai budak nak pindah , sunyi jerr . krikkrik --' Aku balik asyik online jer. Tak tahu kenapa aku akhir-akhir ni minat sangat dengan korea. Tiap-tiap hari aku on jer walaupun ada banyak benda penting nak dibuat . Macam dah tak boleh nak mengelak lagi, apalahh. Tapi apa kebenda yang aku taksub sangat sampai everyday online je , ? sebab aku nak dowload gambar-gambar ulzzang . ehh wait , korang tahu tak maksud ulzzang ? kalau kita kat Malaysia kita panggil model , tapi kat Korea ada panggilan tersendiri iaitu ulzzang . Diaorang memang handsome cute , kalah pelakon penyanyi Korea tau ! Aku pun tak tahu kenapa diaorang tak nak jadi pelakon or penyanyi , padahal bakat dah perfect . Sampai sekarang tak terjawab lagi. Kalau nak tahu jawapannya tanya diaorang sendiri . Aku selalu tengok ulzzang boy jer , kalau yang perempuan kadang-kadang sebab nak tengok gaya & fesyen . Contoh ulzzang yang Zana minat : Park Tea Jun : Lee Chi Hoon : Park Ji Ho : Park Hyun Seok : Acctually ada banyak lagi ulzzang boy , tapi Zana malas nak upload banyak-banyak . Tapi ada tiga orang ulzzang boy yang terbaik iaitu Park Tae Jun , Lee Chi Hoon & Ji Ho . Diaorang memang best friend forever sejak kecil lagi. Kayy tengok jam dah pukul 12:51 am tiba masanya tutup mata . Esok nanti Zana masukkan gambar ulzzang . Kat laptop Zana ni dh penuh dengan muka-muka diaorang , so ada masa Zana share . Papaiii ! Labels: Suka Suki 07:02 | 0 Cloud(s)![]() 1.Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Sudah lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan raya. Namun bgitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan yang dinamakan Jelapang. Sejak pembinaan lebuh raya itu, hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa lalu lalang di kawasan tersebut. Kisah tersebut dipercayai bermula ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya. Si suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara tiba-tiba di tengah lebuhraya dihadapan mereka-mereka yang "bernasib baik. Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan segera kembali berada dihadapan kenderaan mangsa secara mengejut. 2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram! 3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak 4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang.. 5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap. 6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur! Labels: Suka Suki 06:51 | 0 Cloud(s)![]() Nak join ?
Labels: Suka Suki 07:43 | 0 Cloud(s)![]() Walaupun post ni tak ada yang penting sangat , aku tetap nak taip berjela-jela. Disebabkan ke-boringan aku makin menjadi-jadi, blog lah akan menjadi santapan aku . huahua *gelak ala Vampire. Aku ada join satu group nie Happy Spokes Family memang AWESOME member-membernya . Kacak lagi cool . I like -.-. Korang ada join tak ? kalau tak, cepat-cepat join tau ! kitaorang dah macam family dah, saling kenal-mengenali . acctually , group ni ada buat event di Bukit Bintang, pada 4.8.2012 . Event ni diusahakan oleh abang Ayiem . And setiap orang di group ni mesti ada tag card ok. ni event budak-budak awesome je k -.- Memang untung siapa yang dapat pergi . Dapat jumpa dengan budak hotstuff, dapat tag card , semestinya best . Kalau lah aku stay kat Bukit Bintang , aku mesti oarang pertama jejak kaki di event tu. ffttt .. Tutup tirai pasal event Hotstuff tu,. erm, nak cakap apa ye ? aa, tadi aku on facebook ,. ada sorang budak ni nak tegur aku but dia suruh kawan dia yang wakilkan . apakah ? budak tu tak boleh bagi tahu, tapi memang aku berdekah dengan perangai dia tu. Kalau nak tegur-tegur je lah, tak yah nak berwakil-wakil , macam nak masuk meminang aku je -.- muehehe. nasib baik kau handsome, kalau tak aku terus block kau. i'm bad girl . Sebelum tu, Zana nak ucapkan tahniah kepada abang angkat sebab dapat calon awek . -.- Dah puas hati , tadi nak sangat suruh aku update pasal awek baru dia tu. Ingat aku ni berita harian ke apa ? sukahati je order-order. nasib baik lah kau tu abang angkat aku lahai, kalau tak nak je aku terajang sekuat hati.
Labels: Suka Suki 07:46 | 0 Cloud(s)![]()
Labels: Suka Suki 06:06 | 0 Cloud(s)Botol plastik terbahagi kepada 2 jenis iaitu 1.Boleh digunakan semula( jenis polikarbonat) 2.Tidak boleh digunakan semula seperti botol air mineral biasa( jenis polyethylene terephthalate) Secara umumnya air ang terdapat di dalm botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang belum dimasak.ini kerana kandungan air di dalam botol tersebut belum dibuka.air juga lebih mudah dibawa dalam botol plastik kerana ianya ringan,tahan panas serta tidak mudah pecah,lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih. Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral,air osmosis berbalik,air suling,jus dan minuman berkarbonat.Walaupun botol plastik mempunyai kelebihannya,namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar dan kesihatan ialah: 1.Peningkatan Jumlah Sampah. Kebanyakkan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label no 1 tertera di awah botol tersebut.Dalam pada itu setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari,iaitu sekitar 4 botol (500ml) air.Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang akan terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air di dalam botol plastik.Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara ita masih rendah(hanya dalam lingkungan 3% ) dan botol plastik tidak dapat dibiodegradasikan. 2.Pembaziran Air Proses penulenan air yang komplek dan panjang juga kehilangan akibat penyejatan (evaporation loss) yang berlaku di semasa pengilangan air dalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses.Di samping itu,agen pencuci digunakan untuk memprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik. 3.Pengurang sumber Tabung(yang tidak boleh diperbaharui) Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum,iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui.Di anggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syariat sahaja untuk menghasilkan botol air plastik sahaja.Sumber ini semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat. 4.Risiko Kesihatan Menurut kajian baru pada September 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan juga laporan terkini(November 2008) dari Program Toksilogi Negara(Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat),botol plastik menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan,lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak.Penggunaan yang kasar seperti pendedahan yang lama kepada persekitaran yang panas,mencuci dengan pencuci yang kuat,atau mengisi air yang panas boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air di dalam botol. BPA memberikan kesan yang sama seperti hormon estrogen.Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak,sistem kesuburan dan fungsi lain di dalam badan. Penyelesaian. Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula.Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah,akan tetapi pastikan botol yang digunakan tidak mengandungi BPA.Botol plastik yang mempunyai BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut.namun ini tidak bermakna semua botol plastik yang mempunyai no 7 mengandungi BPA,kerana no 7 bermakna juga lain-lain jenis plastik. Sebagai pilihan lain kepada botol plastik gunakan botol kaca atau botol yang dibuat dari besi yang tahan karat.Pastikan juga anda sentiasa mencuci cawan atau botol ini dengan air yang bersih serta dikeringkan,ini kerana botol yang mengandungi air lebih mudah terdedah kepada kuman dan bakteria Jika anda sayangkan bumi , mari kita sama-sama membenteras masaalah yang boleh menjejaskan persekitaran di bumi . Chill beb ;) Labels: Suka Suki 05:46 | 0 Cloud(s)Assalamualakum dan salam sejahtera . Hai semua, semoga sihat selalu . Zana tengah demam nih, satu rumah demam. Ishk3.. Tapi demam-demam pun Zana tahan lagi untuk update satu post untuk hari ini . Please baca ye ,. hacumm -.- Baru-baru ini , negara Thailand telah membuat satu iklan mengenai 'Kempen Anti Merokok' pada 21 Jun lalu . Kat TV3 pun ada jugak, boleh tahan lah ~ Nak tanya something niyh, korang merokok tak ? Kalau ye , cuba try tengok video kat bawah nih . Mana tahu lepas tengok je terus tobat tak nak merokok lagi. Alhamdulillah.... Dah tengok ? Memang terbaikk lah !! Cuba korang pikir-pikir apa yang tersirat dalam video nih ... Creative betul . Sejak dimuat naik pada 21 Jun lalu, video ini sudah dilihat lebih dari dua juta kali. Tercatat lebih 19 ribu orang lebih menyukai ivdeo ini dan komen yang diterima melebihi dua ribu orang. Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand.
Labels: Suka Suki 19:36 | 1 Cloud(s)Sebentar tadi, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz. Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran. Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini. Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim. Labels: Suka Suki 06:23 | 0 Cloud(s)Assalamualaikum , sayang. Ehh, bersayang-sayang pulak . Huhu,. Zana time nieyh dengan sedih sangat-sangat . Hal tu nanti Zana update ye. Zana everday dengar lagu nie . Sampai mak Zana pun join sekali taw ! Best sangat lagu nie and ada kaitan dengan kisah hidup Zana. Hehe, acctually lagu nie memang hampir popular lah jugak kens , tapi tak semua tahu tentang kewujudan lagu nie . Zana pun tak tahu siapa yang nyanyi . Kalau korang kenal , tolong ringan-ringan kan tangan tu untuk komen entri ini k sayangg ? :* Setiap malam aku terbayang bayang Wajah dirimu yang aku sayang sayang Hanya padamu tempat aku mengadu Tapi kau meninggalkan aku Tergamak kau buat aku begini Sedang kau tahu ku amat menyintai Apakah ini salah silap diriku Hoo oo , sayangku Hati ini bagai ditusuk duri Air mataku berlinangan di sisi Pabila teringat kembali Kenangan indah di waktu kala
Jangan lupa komen ! Sayangg korang :* Labels: Suka Suki 00:30 | 0 Cloud(s) Hai all ! Gambar kat atas niy tiada kene-mengena dengan tajuk pada hari nih . Seriously , anjing tu sengaja cari pasal . Haha , potong kang lidahnya tu . Hahaha. Saja je buat lawak pada hari pertama bulan Julai . Ehh , sekejap je berlalu bulan Jun . :'D Seperti tajuk yang telah tertera diatas, mesti korang faham kan . Acctually, Zana ada simpan perasaan kat sorang budak nih (Capital F) . Kitaorang memang rapat dan dia tua 2 tahun dari Zana . Dia baik sangat . Kadang-kala suka cari pasal . Tapi akhirnya dia yang mengalah dulu . Huhu , melting gila tengok muka dia . Tapi kan Zana tak tahu macam mana nak luahkan . Takut nanti dia tak terima pulak . Dah menanggung malu lah jawabnya. Tapi kalau tak terus terang , takut melepas pulak . Atuyaii~ Budak lelaki bukan boleh percaya , sekejap je dia dapat aweks baru . -.- Cinta Seseorang Dalam Diam Amatlah Menyakitkan - Fauzi - Labels: Suka Suki 00:26 | 0 Cloud(s)![]() Lama tak update blog . Haha . Entah kenapa hari ini tetiba rase rajin pulakss -.- Aduhai~ Banyak request edit blog yang sudah berhabuk . Sorry ea . Mungkin kalau time macam nih Zana akan tolong ea,. hehe Zana cuti nih tak ada pergi mana-mana lah . Terperap jer dekat rumah . Untunglah korang dapat pergi melencong dengan family korang tu. Jangan lupa bawakan cenderahati untuk Zana disini ye ! Sampai disini sahaja yang Zana dapat update. Zana perlu siap kan kerja khusus yang berkurun lamanya . Ingatkan nak buat time minggu pertama cuti sekolah, tup tup dah minggu kedua pun masih tergendala. Untunglah cikgu bagi kerja banyak-banyak , dekat rumah goyang kaki. *mengumpat sebentar*. kbye ! Labels: Suka Suki 05:45 | 2 Cloud(s)Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya. Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’. Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu. “Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera. “Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen. Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut. Bagaimanapun, pihak berkuasa negara serpihan Soviet Union itu dengan segera bertindak mengarahkan syarikat pengeluar vodka jenama Baiterek tersebut untuk menarik balik semua produk mereka serta merta. Seorang jurucakap yang mewakili syarikat Goem menjelaskan bahawa insiden meletakkan label yang mencetus kemarahan umat Islam itu adalah berpunca dari salah faham yang berlaku dari peringkat keluaran pertama produk itu di negara jiran, Rusia. Di Rusia, labelnya tertulis perkataan ‘God’ yang membawa makna ‘Tuhan’ dan pihak pemasaran di Kazakhstan pula menggunakan label berbahasa arab menterjemahkan perkataan itu sebagai ‘Allah’ Labels: Suka Suki
![]() |