A Little Diary: Al-Fatihah. . .

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi ! Welcome To My Blog ! Stop Being CopyDog Here ! You Follow Me, I'll Follow You Back *promise* ^_^






owner

Contact Me

credits
08:40 | 2 Cloud(s)
Al-Fatihah. . .




Hari ini banyak berita buruk yang sampai ke telinga aku. Mula-mula ayah kawan meninggal. Tup tup tup, best friend aku pulak meninggal. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mereka..


Sedang aku baca Yaasin dekat rumah jiran yang esoknya akan melangsungkan perkahwinan, tiba-tiba je handfone aku berbunyi. Ain telefon aku ? aku bermimpi ke , selalunya jarang call aku. Aku angkat je terus Ain jerit "Anaa ! Daim dah meninggal !!" , WHATT ?! seriously aku susah nak percaya, lepas dia matikan ada mesege masuk pulak. Dari kekasih hati rupanya, dalam hati teruja sangat , "Ayang, ayg kenal daim kan? .Dia dah meninggal laa. . Sekarang biy dekat rumah dia ada tahlil. Datang taw" .. Hampir satu rumah aku menjerit tahu tak ? Apaa ? Daim meninggal ?! air mata tetiba mengalirrr. . .

Last dia messege aku ialah semalam. . ."Tahun depan aku dah bebas beb, tak payah risau lagi" , .."Alaa daim ni, nanti kau rindu jugak zaman persekolahan nanti..." Kita berbual dengan rancak sekali masa tu, tak terfikir kau esoknya akan pergi. . Kau kan nak kebebasan . . Tapi malangnya, Allah lebih sayangkan kau. Hari ini kau dah bebas Daim, tapi kau terpaksa ke dunia lain. Tak ada persekolahan, tak jumpa cikgu, tak lagi jumpa homework. Kau dah bebass Daim. .

Sekarang aku dah tak ada kawan gaduh-gaduh, gusti-gusti, gurau sakan. . Walaupun baru berapa bulan aku kenal kau tapi aku dah anggap kau lebih dari kawan. I mean sebagai abang aku dah. Adakalanya kau jahat , dengki dengan aku, tapi bila mula ceramah mengalahkan ustaz. Agaknya siapa yang akan nasihat aku lagi ? Kalau aku jumpa kau kat sekola ada je cara kau nak dengki aku. Haha, asal lalu sebelah kau je kau mesti enjit-enjitkan kaki kau. Kononnya nak perli aku pendek lah tu. Sudahlah kau. Dah basi cara tu, . . Tapi walaupun dah basi meskipun berulat, aku rindu jugak segala-gala dengkian kau terhadap aku. . :')
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Muhammad Daim Bin Ghazali dengan hati yang ikhlas. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman iaitu di syurga. Aminn. . 

2 Comments:

Blogger KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... said...

awak sabar oke...kita doakan moga roh mereka itu dicucuri rahmat...sabar oke..redha ajer dgn pemergeian org yg kita syg...

Blogger Sue Zanna said...

terima kasih sebab bagi semangat. Tengah try nak redhakan pemergian dia tapi still tak boleh :'( Semoga dia ditempatkan disyurga. . .


Post a Comment