A Little Diary: 20 Artis Kutip Derma

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi ! Welcome To My Blog ! Stop Being CopyDog Here ! You Follow Me, I'll Follow You Back *promise* ^_^






owner

Contact Me

credits
22:56 | 0 Cloud(s)
20 Artis Kutip Derma


20 Artis Kutip Derma Tanda Sokong Rakyat Palestin

        Naib Pengerusi Usrah Fitrah dan pelakon, Irma Hasmie berkata, kutipan yang dijalankan sekitar Bukit Bintang di sini pada Rabu itu mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada golongan artis. “Syukur Alhamdulillah ramai rakan artis membantu dalam menjayakan projek yang kami rancang dalam masa singkat.

      “Mungkin kita tidak mampu untuk pergi berjuang di Gaza namun apa yang kami lakukan ini juga sebahagian daripada perjuangan sebagai tanda sokongan kepada penduduk Islam yang sedang dizalimi di Palestin,” ujarnya ketika ditemui pihak media di sini pada Rabu.
Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.

        Kesemua selebriti tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.
Dalam pada itu, Irma berkata, pihaknya tidak menyasarkan jumlah tertentu namun akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang daripada orang ramai bagi tujuan tersebut. Malah kata Irma, pihaknya juga merancang untuk meneruskan kutipan tersebut ke beberapa lokasi tempat awam yang lain selepas ini.

       “Kita tidak akan berputus asa dan usaha ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain. Insya-Allah semua hasil kutipan akan disalurkan kepada saudara Islam kita di Gaza secepat mungkin,” ujarnya. ementara itu, salah seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.
“Ini adalah usaha kami bersama Badan Aman Palestin dan orang ramai dijemput hadir untuk melakukan solat hajat tersebut.

       “Maklumat lanjut mengenai solat hajat itu akan dikemas kini dari masa ke semasa menerusi laman web kami dan Aman Palestin,” ujarnya. Dalam perkembangan sama, Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama ‘Aman Palestin Berhad’. Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atau www.usrahfitrah.com.


0 Comments:


Post a Comment