A Little Diary: Misteri Karak

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi ! Welcome To My Blog ! Stop Being CopyDog Here ! You Follow Me, I'll Follow You Back *promise* ^_^






owner

Contact Me

credits
07:02 | 0 Cloud(s)
Misteri Karak



1.Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Sudah lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan raya. Namun bgitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan yang dinamakan Jelapang. Sejak pembinaan lebuh raya itu, hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa lalu lalang di kawasan tersebut. Kisah tersebut dipercayai bermula ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya. Si suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara tiba-tiba di tengah lebuhraya dihadapan mereka-mereka yang "bernasib baik. Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan segera kembali berada dihadapan kenderaan mangsa secara mengejut.
 

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
 
3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
 
5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
 
6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Labels:

0 Comments:


Post a Comment