A Little Diary: Dira Nafi Masuk Hospital Kerana Minum Peluntur

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi ! Welcome To My Blog ! Stop Being CopyDog Here ! You Follow Me, I'll Follow You Back *promise* ^_^






owner

Contact Me

credits
07:41 | 0 Cloud(s)
Dira Nafi Masuk Hospital Kerana Minum Peluntur


Pengacara dan pelakon sensasi, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menafikan bahawa dia adalah pengacara yang dimaksudkan telah meminum peluntur akibat tertekan dan digegaskan ke hospital semalam.
Sebaliknya, menerusi kiriman SMS kepada portal murai.com.my sebentar tadi, pengacara Melodi itu menulis, dia telah mengalami tekanan darah rendah dan sakit gastric yang telah menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
Dira juga memberi tahu murai.com.my, bahawa keadaannya kini semakin pulih dan menganggap apa yang dilaporkan dan diberitahu kepada pihak umum baru-baru ini adalah khabar angin semata-mata serta tidak ada kait-mengait dengan dirinya.
Laporan dari sebuah blog hiburan memberi tahu, bahawa seorang bekas pengacara sebuah rancangan gosip yang bergelar pelakon telah digegaskan ke sebuah hospital kerana khabarnya dia telah mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.
Seperti mana yang diharapkan blog berkenaan agar berita itu tidak benar, nampaknya pengakuan Dira ini adalah jawapan untuk merungkaikan persoalan bahawa dia bukanlah pengacara yang dimaksudkan itu.
Semoga Dira cepat sembuh.

Labels:

0 Comments:


Post a Comment