Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
05:45 | 0 Cloud(s)
2AM Nyanyi Lagu "Bila Terasa Rindu"
Atas nama 2AM The Way of Love, Malaysia jadi destinasi terakhir 2AM merealisasikan konsert jelajah Asia mereka, bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur, malam semalam.
Luar biasa dan jauh beza dari apa yang empat jejaka budiman ini pernah berikan semasa showcase kira-kira dua tahun lalu - kali ini mereka lebih romantik!, mereka nakal!, mereka kelakar! mereka 'giler-giler' dan mereka 'seksi'. Berlangsung selama 2 jam 15 minit, grup idol ballad ini membuai lebih 2000 penonton dengan lagu-lagu balada hits mereka juga segmen pentas istimewa, pentas akustik dengan mendendangkan deretan lagu popular KPop versi mereka serta dua segmen encore. Tidak cukup dengan mengajak menyanyi dan menari bersama, 2AM ajak peminat 'bercinta' dengan mereka.
Tampil segak bersut serba hitam, diiringi lima pemuzik, 2AM membuka persembahan dengan tiga lagu , I Wonder If You Hurt Like Me, Erase Memory dan You Were Mind. Sebelum persembahan bersambung dengan A Friend’s Confession, Like Crazy, Sorry, I Can’t Smile dan I Love You, I Love You.
"Hello Malaysia! Kami mahu ajak anda semua bercinta dengan kami dan kami akan beritahu anda apa itu erti cinta", kata Seulong. "Selamat menyaksikan konsert kami", kata Jinwoon. "Kami rindu anda semua", giliran Jo Kwon menyapa peminat sementara mereka ambil nafas sebelum terus menghiburkan sekalian yang ada. Dan seluruh dewan jadi lebih gamat apabila Changmin mula 'berucap' dalam bahasa Melayu, "Apa khabar!, Saalaaamm 1Malayyysiaaa!!. Dekat sini saya kena cakap Bahasa Malaysia. Saya cuba, okay?!". (kerut-kerut dahi Changmin sambil-sambil jeling sekeping nota) - setidak-tidaknya dia berusaha.
Beralih ke segmen akustik, 2AM semakin membuat seluruh dewan 'panas' apabila mereka masing-masing mula menanggalkan kot. Dengan gaya yang lebih santai, mereka persembahkan lagu seperti You Walking Towards Me, I Was Able to Eat Well, Nagging dan The Day I Confessed. Cukup lagu sendiri, didendangkan pula medley versi unplugged deretan lagu Kpop hits, Nobody (Wonder Girls), Good Girl, Bad Girl (Miss A), Gee(SNSD), Fantastic Baby (Big Bang), Sorry, Sorry (Super Junior) juga lagu dari bekas rakan sekumpulan sewaktu mereka sebagai 1Day, Again and Again (2PM). Mahu memastikan konsert ini akan diingati selama-lamanya, 2AM memberikan kejutan dengan menyanyikan lagu Bila Terasa Rindu (Dafi). Impresif, 2AM berjaya menyanyikan lagu Dafi dengan baik (cuma ada dua tiga perkataan yang 'lain' bunyinya). Tapi sebelum itu, Seulong memberitahu mereka sebetulnya banyak menerima cadangan dari IAM (gelaran buat peminat). Kalau mereka tinggal lebih lama lagi selepas konsert nanti, ada yang mahu ajak mereka bermain congkak, ada yang nak ajak mereka pergi pasar malam (Changmin sebut pasar 'malem'), ada yang nak ajak mereka pergi Legoland dan termasuklah mencabar mereka menyanyikan lagu Ikan Kekek dan Bila Terasa Rindu. *dibawah ialah video 2AM nyanyi lagu Bila Terasa Rindu* Kemudian separuh lagi perjalanan konsert, di dua skrin besar kiri dan kanan pentas di paparkan video doku-drama 'blind date' cara 2AM - percubaan mereka ayat awek. Gamat satu dewan penonton menyaksikan gelagat Seulong gara-gara cintanya di tolak sebanyak dua kali dalam sehari. Changmin, seorang penjimat tapi sebenarnya dia kedekutnya. Jinwoon cuba berlagak macho dan kuat, tapi sebenarnya dia tidak. Dan Jo Kwon pula terlalu kebudak-budakan sewaktu temujanji pertama. Sejurus itu, pentas kembali hidup dengan persembahan solo. Menerusi lagu Runaway Baby, Changmin membuktikan, siapa kata penyanyi balada tak boleh jadi penyanyi Rock. Siapa kata penyanyi lagu-lagu jiwang tak boleh menari dengan penuh seksi.
Sementara, kecederaan kaki yang di alami, tak sikit pun menghalang Seulong tampil dan menyanyikan lagu Hurricane. Ya, kaki dia yang sakit dan tidak ada masalah untuk dia melontarkan vokal yang mantap (meremang bulu roma penonton tatkala mendengar suaranya). Jinwoon, muka jambu tapi jiwa rock. Anggota paling muda dalam kumpulan ni mempersembahkan lagu Bohemian Rhapsody dengan showmanship bermain keyboard. Giliran Jo Kwon gegarkan pentas, mempersembahkan lagu Animal (petikan album solonya), ketua kumpulan ini tampil dengan aksi cukup memukau serta tarian cukup mempesona.
Selesai persembahan solo, Changmin berkata, "kami berlatih bersungguh-sungguh untuk aksi solo dan diharapkan anda semua terhibur. Tapi anda jangan lupa, hakikatnya kami ada lah penyanyi balada, jadi kami akan kembali hiburkan anda dengan lagu-lagu cinta kami" Lalu diperdengarkan Can’t Let You Go Even If I Die dan You Wouldn't Answer My Call sebelum meninggalkan pentas. Bagaimanapun selepas di desak penonton, 2AM keluar semula menyanyikan Never Let Go, This Song dan di akhir dengan Isn't Not She Lovely, 2AM tinggalkan peminat Malaysia dengan 1001 pengalaman percintaan nan indah dan tak mungkin dapat dilupakan. Dan... nanti, bila peminat rasa rindu pada 2AM, pasti lagu ini jadi siulan, "biiilaaa terasaaa rinnnduuu..." ~ 2AM jangan lupa datang lagi^^ |
0 Comments:
Post a Comment